Prinsip Amalan EKSA


1.  Sisih
Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja. Aktiviti sisih melibatkan:
  1. Item yang tiada nilai dan senang dibuang perlu dibuang segera.
  2. Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan masa akan datang maka dihapuskan/dijual mengikut prosedur.
  3. Item tiada nilai tapi kos pelupusan tinggi untuk dilupuskan

2.  Susun
Merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”. Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat. Aktiviti ini melibatkan:
  1. Penyusunan item dalam aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar Dulu).
  2. Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada item.
  3. Menyimpan item mengikut kategori.
  4. Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat.
  5. Semasa bekerja fail aktif dan bahan rujukan semasa sahaja berada di atas meja, selepas digunakan fail dan item perlu disimpan semula ke tempat asal.

3.  Sapu
Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja. Aktiviti ini melibatkan.
  1. Menetapkan pemilik bagi ruang/perkakas dan mesin.
  2. Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  3. Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.

4.  Seragam
Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa. Tindakan yang diambil untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format. Ia juga bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturannya.

5.  Sentiasa Amal
Tindakan yang diambil untuk mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempertingkatkan amalan EKSA. Aktiviti ini melibatkan:
  1. Audit dalaman dilakukan secara berkala.
  2. Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.
  3. Mewujudkan sistem pengiktrafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga KPWKM.
  4. Mengadakan program kesedaran amalan EKSA secara berterusan melalui latihan.

Share
Tweet
Pin
Share