PERTANDINGAN AMALAN EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia akan menganjurkan pertandingan Amalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang bertujuan untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan amalan EKSA di jabatan ini. Tempoh penilaian akan diadakan pada 26-28 Jun 2024.
HEBAHAN TARIKH AUDIT DALAM EKSA JKSM BIL. 2/2024
Bersama-sama ini disertakan pemakluman jadual pengauditan bagi Audit Dalam EKSA JKSM Bil. 2/2024 yang akan dilaksanakan pada 26 dan 27 Jun 2024 untuk makluman semua warga JKSM.
Pengauditan akan berpandukan kepada Buku EKSA JKSM terkini dan juga Garis Panduan EKSA dari MAMPU.
UNDANGAN MENYERTAI PROGRAM TAKLIMAT PEMANTAPAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DAN GOTONG ROYONG PERDANA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
Adalah dimaklumkan Jawatankuasa Induk EKSA JKSM mengundang YAA Dato'/ YA Datuk/ YA Dato'/ YA Puan/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan, untuk menyertai program berkenaan seperti mana perincian yang berikut:
Tarikh : 21 Jun 2024 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 tengahari
Tempat : Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM
Aturcara
8.00 Pagi : Pendaftaran
8.30 Pagi : Sarapan
9.00 Pagi : Bacaan Doa
9.15 Pagi : Ucapan KP/KHS @ Ketua Pendaftar
9.30 Pagi : Sesi Taklimat "Jom!!!, Kita Kitar Semula"
Oleh : Puan Ummi Kalthum Binti Shuib - Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan
11.30 Pagi : Sesi Soal Jawab
12.15 T/Hari : Rehat/Solat
2.45 Ptg: Gotong Royong Perdana
5.00 ptg : Bersurai
Semoga dengan kehadiran YAA Dato'/YA Datuk/ YA Dato’/ YA Puan/ YBrs. Tuan/ YBrs Dr/ Tuan/ Puan akan menjayakan lagi program yang dianjurkan dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.
Sekian, Terima Kasih
JK Promosi
EKSA JKSM
" PROGRAM TAKLIMAT PEMANTAPAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) - JOM !!! KITAR SEMULA DAN GOTONG ROYONG PERDANA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA"