PERTANDINGAN AMALAN EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia akan menganjurkan pertandingan Amalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang bertujuan untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan amalan EKSA di jabatan ini. Tempoh penilaian akan diadakan pada 26-28 Jun 2024.
HEBAHAN TARIKH AUDIT DALAM EKSA JKSM BIL. 2/2024
UNDANGAN MENYERTAI PROGRAM TAKLIMAT PEMANTAPAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DAN GOTONG ROYONG PERDANA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
Adalah dimaklumkan Jawatankuasa Induk EKSA JKSM mengundang YAA Dato'/ YA Datuk/ YA Dato'/ YA Puan/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan, untuk menyertai program berkenaan seperti mana perincian yang berikut:
Tarikh : 21 Jun 2024 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 tengahari
Tempat : Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM
Aturcara
8.00 Pagi : Pendaftaran
8.30 Pagi : Sarapan
9.00 Pagi : Bacaan Doa
9.15 Pagi : Ucapan KP/KHS @ Ketua Pendaftar
9.30 Pagi : Sesi Taklimat "Jom!!!, Kita Kitar Semula"
Oleh : Puan Ummi Kalthum Binti Shuib - Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan
11.30 Pagi : Sesi Soal Jawab
12.15 T/Hari : Rehat/Solat
2.45 Ptg: Gotong Royong Perdana
5.00 ptg : Bersurai
Semoga dengan kehadiran YAA Dato'/YA Datuk/ YA Dato’/ YA Puan/ YBrs. Tuan/ YBrs Dr/ Tuan/ Puan akan menjayakan lagi program yang dianjurkan dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.
Sekian, Terima Kasih
" PROGRAM TAKLIMAT PEMANTAPAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) - JOM !!! KITAR SEMULA DAN GOTONG ROYONG PERDANA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA"
SUSUN ATUR DI BILIK MESYUARAT DAN DEWAN JKSM SERTA TANGGUNGJAWAB UNTUK MELAKSANA AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI JKSM
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Seperti pihak YAA Dato'/YA Dato'/YA Datuk/YA Puan/YBrs. Tuan/Tuan/Puan sedia maklum, pelaksanaan Audit Pensijilan EKSA JKSM oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diadakan pada 27 hingga 30 Mei 2024. Jawatankuasa Audit Dalam EKSA JKSM juga pada masa ini sedang melaksanakan audit ke atas pelaksanaan EKSA agar mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Panduan pelaksanaan EKSA boleh dirujuk kepada Ketua Zon EKSA masing-masing atau dirujuk di pautan berikut:
3. Adalah menjadi tanggungjawab semua warga JKSM untuk melaksana Amalan EKSA di tempat kerja masing-masing termasuk fasiliti yang digunasama oleh semua bahagian/unit JKSM seperti Bilik Mesyuarat Utama dan Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut yang terletak di Aras 5. Justeru, semua pegawai dan kakitangan bahagian/unit JKSM yang menggunakan fasiliti tersebut hendaklah menyusun kembali kedudukan kerusi mengikut susunan dan kedudukan yang betul serta memastikan kebersihan dan kekemasan bilik/dewan berkenaan setelah digunakan. Contoh susunan kedudukan kerusi di Bilik Mesyuarat Utama JKSM adalah seperti di gambar yang disertakan di lampiran dan turut boleh dilaksanakan di Bilik Mesyuarat di bahagian/unit masing-masing. Amalan ini hendaklah dilaksana secara berterusan.
4. Kerjasama dan perhatian semua warga JKSM bagi menjayakan Amalan EKSA di JKSM ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.